Wednesday 8 June 2011

Cinderella Sister


hai dan salam sejahtera smua...

entry kali ni bukanlah pasal sy...huhu...topik kali ini langsung tiada kena mngena dgn hidup sy ok? hehe... actually sy nk promote cite drama korea yg sy bru abis tgk bulan lepas.. crite ni tajuk dia `Cinderella Sister`...drama ini tlah mula dtayangkn pada mac 2010...apa yg menarik sy utk menonton drama ini kerana plakon utamanya adalah Moon Geung Young...lakonannya dalam drama ini sgt bbeza dgn watak2 yg pernah dpengang oleh Moon Geung Young sbelum ini...ini menyedarkan sy  bahawa Moon Geung Young mampu mbawa pelbagai watak dgn baik dan cemerlang... =)




Sinopsis

Song Eun-jo (Moon Geun Young), yang tinggal bersama ibunya sejak bertahun yang lalu (dan juga kekasih ibunya), akhirnya mendapat keluarga baru dan rumah ketika ibunya berkahwin lagi dengan seorang lelaki baik yang memiliki sebuah perusahaan arak. Pada awalnya, dia menyangkal hal itu, dan cuba melarikan diri daripada berurusan dengan keluarga barunya. Eunjo tidak dapat menerima kasih sayang yang diberikan dari adik tirinya-Hyo seon(Seo Woo) dan ayah tirinya Gu Dae-Seong(Kim Gab Soo). Hyo-seon, seorang yang manja dan lurus adalah anak kesayangan ayah tirinya dan ibu Eun-jo berpura-pura menjadi seorang wanita yang baik dan penyayang untuk memenuhi peranan ibu yang mithali kepada Hyo-seon, menyebabkan dia mengabaikan dan bertindak kasar terhadap Eun-jo, anak kandungnya sendiri. Eun-jo mendapat seorang kawan di kilang perusahaan arak tersebut iaitu Hong-hoon Ki (Chun Jung Myung), seorang mahasiswa yang bekerja di kilang arak tersebut. Ki-hoon akhirnya pergi untuk mengurus masalah peribaditetapi kecemburuan Hyo-seon terhadap kemesraan Eun-jo dan Ki-hoon menyebabkan dia membuat Eun-jo percaya bahawa Ki-hoon telah pergi meninggalkan Eun-Jo. 8 tahun kemudian, telah menyatukan kembali ketiga-tiga watak ini untuk memulakan plot utama - sebuah adaptasi moden dari cerita Cinderella.Han Jeong-woo (Taecyeon), seorang budak yang Eun-jo anggap sebagai adiknya 8 tahun yang lalu, muncul untuk berada disisinya dan memenuhi peranan seorang peneman dan menagih cinta padanya.Sebuah cinta bentuk segitiga ketika Hyo-seon juga jatuh cinta pada Ki-hoon,yang masih cinta dengan Eun-jo. Perasaan pengkhianatan terjadi pada Eun-jo, mencipta salah faham dan kesulitan.Namun, kebaikan ayah tiri Eun-jo(Gu Dae-Seong, ayah, Hyo-seon) mulai mengubah hidup semua orang, membuat dongeng moden ini menjadi sebuah dongeng yang berbeza. 

nota kaki: crita ini mbawa penghayatan tentang semangat juang dalam kehidupan dan betapa kuatnya kasih sayang dalam sesuatu keluarga hingga mampu mengubah sikap dan kehidupan seseorang... i like!! <3



0 comments:

Post a Comment