Monday 3 October 2011

mencari 'NUR'

msej yang saya terima dari ibu membuatkan saya terdiam seketika...bukan hanya perasaan pelik yang membelenggu diri saya kerana ibu jarang menghubungi saya tapi msej yang saya terima secara tiba-tiba dari ibu itu membuat saya berasa amat terharu... terharu kerana gembira dan duka...

"ejum ok ke? belajar sungguh-sungguh tau. ibu doakan ejum berjaya"

hanya ayat yang ringkas tapi cukup untuk meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya. lalu menyebabkan airmata saya mengalir...ibu menyatakan harapannya untuk melihat saya menjadi insan yang berjaya... saya mulai sedar walaupun kami jarang berhubung tapi ibu sentiasa mendoakan kejayaan saya dalam diam.. airmata mengalir.. mampukah saya membawa amanat yang diamanahkan ibu saya? saya masih tertanya-tanya pada diri sendiri..

sudah beberapa hari berlalu, namun hati saya masih mencari sesuatu... mulai timbul persoalan, adakah saya telah menjadi seorang anak yang baik terhadap ibu saya selama ini? soalan yang berat untuk difikirkan... terlalu berat untuk dipertimbangkan... biarpun saya tidak pernah berkata kasar dengan ibu tapi cukupkah sekadar itu peranan seorang anak?

menjadi insan yang berjaya itu bukan sekadar menimba ilmu dan berjaya di dunia tetapi menjadi seorang insan yang tinggi ilmu agamanya, dan berjaya di akhiratnya.. sebagai seorang anak, tanggungjawab saya bukan hanya di dunia yang sementara ini tapi juga di akhirat... saya ingin menjadi seorang anak yang dapat membantu ibu saya diakhirat kelak...  kini saya mulai mencari.... mencari 'nur' Allah... cahaya Allah.....

Nota kaki: kerana doa insan bergelar ibu, hidupku diberkati... Ya Allah Moga Kau permudahkanlah kehidupan ibuku di dunia dan Akhirat...

0 comments:

Post a Comment