Monday, 3 October 2011

mencari 'NUR'

0 comments
msej yang saya terima dari ibu membuatkan saya terdiam seketika...bukan hanya perasaan pelik yang membelenggu diri saya kerana ibu jarang menghubungi saya tapi msej yang saya terima secara tiba-tiba dari ibu itu membuat saya berasa amat terharu... terharu kerana gembira dan duka...

"ejum ok ke? belajar sungguh-sungguh tau. ibu doakan ejum berjaya"

hanya ayat yang ringkas tapi cukup untuk meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya. lalu menyebabkan airmata saya mengalir...ibu menyatakan harapannya untuk melihat saya menjadi insan yang berjaya... saya mulai sedar walaupun kami jarang berhubung tapi ibu sentiasa mendoakan kejayaan saya dalam diam.. airmata mengalir.. mampukah saya membawa amanat yang diamanahkan ibu saya? saya masih tertanya-tanya pada diri sendiri..

sudah beberapa hari berlalu, namun hati saya masih mencari sesuatu... mulai timbul persoalan, adakah saya telah menjadi seorang anak yang baik terhadap ibu saya selama ini? soalan yang berat untuk difikirkan... terlalu berat untuk dipertimbangkan... biarpun saya tidak pernah berkata kasar dengan ibu tapi cukupkah sekadar itu peranan seorang anak?

menjadi insan yang berjaya itu bukan sekadar menimba ilmu dan berjaya di dunia tetapi menjadi seorang insan yang tinggi ilmu agamanya, dan berjaya di akhiratnya.. sebagai seorang anak, tanggungjawab saya bukan hanya di dunia yang sementara ini tapi juga di akhirat... saya ingin menjadi seorang anak yang dapat membantu ibu saya diakhirat kelak...  kini saya mulai mencari.... mencari 'nur' Allah... cahaya Allah.....

Nota kaki: kerana doa insan bergelar ibu, hidupku diberkati... Ya Allah Moga Kau permudahkanlah kehidupan ibuku di dunia dan Akhirat...

kehidupan seorang pelajar

0 comments
assalamualaikum...

sedar tak sedar dah brapa bulan dah xpost pape kat blog ni. agaknya kalau blog ni rumah, dah banyak sarang labah-labah dah...huhu.. ok bukan la sengaja nak hilangkan diri... tapi hakikatnya bila dah sambung study ni saya agak sibuk... ada macam-macam kerja yang perlu disiapkan...

ok titik... apa konklusi yang boleh saya ckp tentang belajar di maktab ni, saya dapat mempelajari sesuatu yang baru serta menarik... dapat menjadi insan yang lebih berkeyakinan (sebab slalu kne wat presentation)... ada ramai kawan-kawan yang baik dan senior-senior yang sentiasa memberi tunjuk ajar pada junior (caring tu)... hehe..

apapun, kehidupan sebagai pelajar itu adalah ibarat memperhambakan diri kepada ilmu... jangan lah angkuh dengan diri kita... =)

Saturday, 18 June 2011

PeRjAlAnAn YaNg MaSiH jAuH

0 comments

Assalamualaikum...

saya akan bertolak ke johor esok...kerana ingin menyambung pelajaran...menambah ilmu di dada dan mengumpul pengalaman dalam kehidupan..saya akui saya masih mentah...hanya budak hingusan yang tidak matang dalam membuat keputusan selama ini..harapan saya pada diri sendiri agar dapat berubah menjadi insan yang lebih baik dan berfikiran matang...

Rasanya seakan berat hati untuk meninggalkan bandar jasin ini..di sini la saya membesar..rasa berat hati juga untuk meninggalkan keluarga..keluargalah tempat saya bermanja...susah hati untuk meninggalkan kawan-kawan..kawan-kawanlah tempat saya berkongsi masalah..tapi kita perlukan pengorbanan dalam setiap perkara..saya tidak akan berputus asa terhadap diri sendiri..insyallah suatu hari nanti saya akan berjaya... 



Nota kaki:saya akan pulang sebagai diri saya...insyallah... =)

TiRaMiSu KeK~

0 comments

Assalamualaikum..

pelik ke kalau sambut besday awal dari tarikh sebenarnya? tak mengapa rasanya kan? hehe.. ada kawan saya menghadiahkan saya kek tiramisu sedangkan harijadi saya lambat lagi...tapi saya amat gembira.. =)



Nota kaki: terima kasih qisra farinsyah...sedap kek yang kau bagi tu...SAYANG kau sangat2...hehe.. =)

Wednesday, 8 June 2011

Cinderella Sister

0 comments

hai dan salam sejahtera smua...

entry kali ni bukanlah pasal sy...huhu...topik kali ini langsung tiada kena mngena dgn hidup sy ok? hehe... actually sy nk promote cite drama korea yg sy bru abis tgk bulan lepas.. crite ni tajuk dia `Cinderella Sister`...drama ini tlah mula dtayangkn pada mac 2010...apa yg menarik sy utk menonton drama ini kerana plakon utamanya adalah Moon Geung Young...lakonannya dalam drama ini sgt bbeza dgn watak2 yg pernah dpengang oleh Moon Geung Young sbelum ini...ini menyedarkan sy  bahawa Moon Geung Young mampu mbawa pelbagai watak dgn baik dan cemerlang... =)




Sinopsis

Song Eun-jo (Moon Geun Young), yang tinggal bersama ibunya sejak bertahun yang lalu (dan juga kekasih ibunya), akhirnya mendapat keluarga baru dan rumah ketika ibunya berkahwin lagi dengan seorang lelaki baik yang memiliki sebuah perusahaan arak. Pada awalnya, dia menyangkal hal itu, dan cuba melarikan diri daripada berurusan dengan keluarga barunya. Eunjo tidak dapat menerima kasih sayang yang diberikan dari adik tirinya-Hyo seon(Seo Woo) dan ayah tirinya Gu Dae-Seong(Kim Gab Soo). Hyo-seon, seorang yang manja dan lurus adalah anak kesayangan ayah tirinya dan ibu Eun-jo berpura-pura menjadi seorang wanita yang baik dan penyayang untuk memenuhi peranan ibu yang mithali kepada Hyo-seon, menyebabkan dia mengabaikan dan bertindak kasar terhadap Eun-jo, anak kandungnya sendiri. Eun-jo mendapat seorang kawan di kilang perusahaan arak tersebut iaitu Hong-hoon Ki (Chun Jung Myung), seorang mahasiswa yang bekerja di kilang arak tersebut. Ki-hoon akhirnya pergi untuk mengurus masalah peribaditetapi kecemburuan Hyo-seon terhadap kemesraan Eun-jo dan Ki-hoon menyebabkan dia membuat Eun-jo percaya bahawa Ki-hoon telah pergi meninggalkan Eun-Jo. 8 tahun kemudian, telah menyatukan kembali ketiga-tiga watak ini untuk memulakan plot utama - sebuah adaptasi moden dari cerita Cinderella.Han Jeong-woo (Taecyeon), seorang budak yang Eun-jo anggap sebagai adiknya 8 tahun yang lalu, muncul untuk berada disisinya dan memenuhi peranan seorang peneman dan menagih cinta padanya.Sebuah cinta bentuk segitiga ketika Hyo-seon juga jatuh cinta pada Ki-hoon,yang masih cinta dengan Eun-jo. Perasaan pengkhianatan terjadi pada Eun-jo, mencipta salah faham dan kesulitan.Namun, kebaikan ayah tiri Eun-jo(Gu Dae-Seong, ayah, Hyo-seon) mulai mengubah hidup semua orang, membuat dongeng moden ini menjadi sebuah dongeng yang berbeza. 

nota kaki: crita ini mbawa penghayatan tentang semangat juang dalam kehidupan dan betapa kuatnya kasih sayang dalam sesuatu keluarga hingga mampu mengubah sikap dan kehidupan seseorang... i like!! <3



Sunday, 5 June 2011

hepi besday naim!!

0 comments
asalamualaikum...

atas permintaan sorang kwn, qisra farinsyah ingin sy mnulis post tentang kawan baik kami, naim....memandangkn 5 Jun mrupakan tarikh lahir insan bernama naim ini...secara jujur, sy amat mhargai kehadiran dan kwujudannya dalam hidup kami sbagai seorg teman yg sanggup bkongsi suka mahupun duka slama ini....sesungguhnya tidak dpt kami mbalas jasa insan bergelar sahabat... =)

ensem x kwn kami ni? hehe....



sahabat sejati


bertemu kita tanpa tujuan,
bertaut mesra tiada masa,
menjadi kawan sekelip mata,
mengharungi onak suka dan duka,
ketawa bersama,
nangis pun kita tetap bersama,

sahabat,

kau ibarat mangsa keadaan,
biarpun kau tidak merelakan,
pengorbananmu tetapku hargai,
jasamu tetap ku kenangi,

sahabatku,

kau tiada nilainya,
kau tiada gantinya,
biarpun kau dipandang rendah,
biarpun kau dihina,
kau kelihatan kecil di mata mereka,

tapi sedarlah wahai sahabatku,

kau adalah penerang jalan,
kau adalah sinar harapan,
kau adalah penenang dikala ku keresahan,
kerana kau adalah, 
sahabat sejatiku...

yang benar, sahabat sejatimu, qisra farinsyah.

akhir kata selamat hari jadi yang ke-20 daripada kami, nur haizum fathiah n qisra farinsyah...maaf kerana kami xmyediakn sbarang hadiah...cuma post ini yg kami dpt hadiahkn kepada awk...maklumlh kami xbkerja...hehe...apepun, semoga insan bernama naim ini sentiasa sihat walafiat, mjadi ummat yg diredhai Allah, brjaya di dunia n akhirat...insyallah..amin...

nota kaki: naim, nnti birthday kami jgn lupa ya...hehehe... =)









Saturday, 4 June 2011

Si Spoiler!

2 comments
  pagi yg indah pd ari ni xjadi seindah mana..smua gara2 si spoiler tu!! sape si spoiler tu? jangan katakan korang, sy sdiri pun tak tau... huhu... si spoiler ni menghubungi sy pagi tadi..bila sy jwb panggilan tsebut, lantas dia hanya bdiam..ternyata dia bukan lah orang yg sy kenali..(xde pun no nsetnya dalam list contact nset sy)..ok..nk dijadikn cerita, si spoiler ni mhantar msj kepada sy tidak lma kmudian..

si spoiler: salam .. hye .. bley knl?
        saya: walaikmslm...siape ni? mne awk dpt no sy? (marah le)
si spoiler: kwn awk yg no awk kd sy.sy xtau itu sape kwn awk la. (bhasa melayu yang tunggang       langgang ni buatkn sy rs si spoiler ni tah2 mat bangla mne yg tsesat tah)
        saya: awk ni orang mn?
si spoiler: sy org melayu la.awk,umo awk la.nme awk la.awk dekat ane? (ape die ni merepek? sy  xreply)
si spoiler: asl x reply arw.. dh x nk kwn ea..
        saya: awk ada fb?
si spoiler: x fb la. knp awk
        saya: maaf...trus-trg...sy xsuke org yg sy xkenal msj nset sy...nset sy just utk hal penting n pribadi...harap awk paham...
si spoiler: awk kenal kwn awk la.
       saya:  siape dia? (ish kalau sy dapat tangkap siape yg ssuke ati sebarkn no nset sy ni.. memang siap la die!)
si spoiler: petang sy jumpa kwn awk.yg no awk kd sy ok. (cam $#%&^ je orang ni..sy xreply)
si spoiler: ntahla wak! tp jujo ikhlas i jtoh aty kt u! (lawak antarabangsa mn la die rembat ni??)
       saya: xpayah nk bohong la...sy xsuke kwn dgn org yg suke bbohong ni..k la pasni jgn msj or ganggu sy...bye2..
si spoiler: sy x bohong la.awk
       saya: eh kn sy ckp jgn msj sy lg! jgn sampai sy maki awk lak! xpenah2 sy maki org, ade yg kne maki krg! tolong la phm. sy mmg xsuke, xbminat pun nk kenal dgn awk. awk tipu ke awk jujur ke lantak la...sy mmg lgsg xbminat ok? so jgn ganggu sy. sy xsuke!

  akhirnya si spoiler ni pun give up.. lelaki yg macam ni la yg patut dibuang jauh2... memang lelaki buaya darat! buaya tembaga! nma sy pun xtau, ade ati nk luahkan perasaan konon...sy bukan perempuan murahan ok!

nota kaki: kalau sy dapat siape yg sebarkn no nset sy, siaplah dia! grr....